SEMESTER TIGA

Bismillahirrahmanirrahim...

It has been a while I left my blog.πŸ˜ƒ
Tanggal 6 Mei 2019, di mana ujian besar buat aku bermula. Bahkan, kebahagiaan kepada ujian juga hadir bersama. Bersyukur kerana Allah tak pernah tinggal aku berseorangan di setiap mehnah yang aku lalui. Di setiap perjalanan, Allah sentiasa mahu mengajarkan aku sesuatu. Hikmah yang dikirimkannya terlalu besar. Memang dari dulu lagi aku sentiasa berkata, sungguh Allah lah sebaik-baik perancangan. Perancangan kita hanyalah perancangan seorang hamba yang lemah dan yang penuh dosa.

Ujian aku di semester ini,
  Aku diuji dengan 'hafalan AQ' itu sendiri.
 Allah mahu mendidik aku sebagaimana dalam doaku "Ya Allah, didiklah aku dengan sebaik-baik pentarbiyahan." Berat. Sakit. Penat. Putus asa. Niat bertukar. Benci. Ikhlas mula pudar. Semua aku rasa. Aku mula rasa aku hafal al-Quran ni sebab ibu walid yang suruh. Bukannya keinginan diri aku. Aku minta semangat dengan orang ini, orang itu. Tapi, keberkesanan minta semangat daripada orang itu hanya kecil sebab keberkesanan terbesar akan berlaku jika aku yang benar-benar melakukannya dan sedar akannya. Dan, hubungan dengan Allah juga aku makin longgar. Aku berputus harapan denganNya.. Marah dengan Dia sebab kenapa Dia tak bagi nikmat suka menghafal ni pada aku? Dalam kelas tasmik, aku hampir ditinggalkan oleh orang lain. Semua dah makin meningkat juz while aku masih di takup yang sama. Aku benci diri aku sebab kenapa aku tak dapat buat yang terbaik? Kenapa aku lembab sangat?😭

  Dan ya, lama kelamaan, aku mula mencari hikmah. Allah nak aku kasihkan al-Quran. Dekati dia. Fahami dirinya sebagaimana kita sentiasa mahu memahami manusia. al-Quran itu tak hadir pada hati orang-orang yang tak ikhlas. Hati-hati yang lalai. Hati-hati yang pekat karat jahiliyyahnya. Aku mula bersahabat dengan dia. Aku bercakap-cakap dengannya. Aku sedar, takdalah payah sangat nak ingat Quran hanya jika hanya kita betul-betul menghayati kisah-kisah yang Allah ceritakan di dalamnya. Kita tahu tapi kadang disebabkan dosa kita yang banyak menyebabkan kita tak nampak keindahan al-Quran itu sendiri.

  Dalam masa yang sama, aku juga diuji dengan kerja-kerja dakwah aku. 
 Aku stres kenapa aku yang kena buat kerja-kerja ni? Kenapa aku je yang semangat? Kenapa aku payah-payah buang masa aku dari semester satu hingga tiga (sekarang) fikir pasal dakwah kampus? Orang lain rileks je. Tak ada yang stres pun. Tidur mereka lena. Tidur aku, sampai masuk dalam mimpi kerja-kerja tu. Dengan keadaan aku sedang menghadapi ujian Quran, ditambah dengan ujian kena buat kerja dakwah. Aku tak larat. Aku penat nak fikir. Dan aku sedih sebab orang tak faham apa yang aku buat. Aku selalu terdetik dalam hati, 'boleh tak aku nak stop buat kerja-kerja ni? Nak stop fikir. Nak fokus Quran, nak nikmati hidup di alam kampus, nak bergembira seperti orang lain.' Hatta aku pergi program pun, semangat aku hanya di tempat program. Balik dq, kembali lemah. So, what's the main point I do all this works? Aku dah lah tak kuat pastu nak ajak orang kenal Allah? HDA aku pun ke laut.😭

  But, you know what? All these things adalah proses tarbiyah aku. Aku diuji dengan kesempitan masa, kesempitan jiwa. Lain orang, lain ujian tarbiyah dia. Ya, aku boleh berhenti buat kerja BUT untuk seketika waktu sahaja. Relax your mind. Find your path. Dan lepas dah jumpa your own self, back to the reality. Sebab kita tak boleh lari dari realiti. Mungkin boleh berehat tapi bukan berehat selamanya. Kita kena hadapi realiti sebab masyarakat perlukan kita. Pengorbanan masa, wang, tenaga itu biasa. Macam mana kita boleh lena tidur saat ramai yang mati dalam keadaan mereka belum kenal Islam? Belum kenal Allah? Proses tarbiyah ini mengeluarkan kita ke alam praktikal. Apa yang kita belajar, kita aplikasikan dalam hidup. Dan kalau pun kita berhenti daripada buat kerja-kerja ini, kerja apa je yang kita akan buat? Aktiviti apa je yang kita akan isi dalam hari-hari kita? Kita akan menjadi bosan sebab perkara-perkara kosong / masa-masa kosong tu biasanya kita isi dengan aktiviti 'berfikir masalah kampus'. That's it.

   Dan satu lagi ujian tu biarlah aku simpan sorang diri. Tak perlu bercerita pada orang pun. Cukuplah diri sendiri yang menyimpannya selagi masih boleh bertahan. Dan aku yakin, Allah tak akan menguji seseorang hamba sekiranya Dia tahu hambaNya tak mampu. Dan disebabkan Allah tahu kemampuan aku, I can bear it till today😁 Moga hari-hari kita lalui sentiasa meningkatkan keimanan , kecintaan dan ketaqwaan kita kepada Allah swt. Wallahua'lam.

100919 | 11.54 pagi | Selasa

Comments

Popular Posts