Luahan seorang adik...

Bismillahirrahmanirrahim ...

Hari ini aku menulis lagi. Menulis sebagai seorang adik yang banyak perkara ingin aku sampai dan luahkan. Apabila sebut seorang adik, pasti di atasnya ada kakak/abang.

Petang tadi, aku bercakap dengan adik aku, ina. Ina yang memulakan dialog,

Ina : Acik, mesti acik nak tahu kan kenapa ina merajuk dalam kereta tadi? Bukan sebab ina tak dapat beg yang ina nak dekat kedai rm2 tu tapi sebab lain.

Aku : Ya, acik tahu je kenapa. Sebab tu acik pujuk ina tadi.

Ina : Kenapa?

Aku : Ina sedih sebab kakak-kakak ina tak layan pun ina. Asyik layan iman je. Kitorg tak main pun dengan ina.

Ina : Haah, memang pun. Acik dengan ateh selalu banyak main dengan iman je. Bila ina nak main dengan korang, korang tak nak lah, buat tak layan ina lah. Macam pagi tadi, ina saje je nak main dengan ateh tapi ateh marah ina sebab ateh tak nak main dengan ina. Tapi, lepas tu ateh main je bola botol dengan iman. Jadi,lepas tu ina pun merajuk lah. Sebelum ateh balik, ina yang banyak main dengan iman. Lepas ateh balik rumah, ateh jadi rapat dengan iman. Tak cara dah kat ina. Ina kadang-kadang tak tahu nak cakap apa dengan kakak-kakak jadi ina pun diam je lah. Tapi, ina banyak duduk sorang-sorang kat rumah. Bila kakak-kakak balik, ina gembira sangat. Tapi bila ina nak main tapi takda orang nak main dengan ina, ina jadi sedih lah. Semua buat kerja masing-masing. Tak layan pun ina.

*waktu ni, ina menangis. Bercucur air mata mengalir di pipi.

   Aku yang duduk sebelah ina, gosok-gosok belakang ina. Aku kata, "Ina jangan nangis, kalau ina menangis, nanti acik pun akan menangis... " Tapi, ina masih lagi dengan air matanya. Terlalu sebak mengenangkan apa yang kakak-kakak dia buat pada dia sebelum ni.

   Boleh juga aku katakan bahawa aku memahami apa yang ina rasa. Sebelum ni, ina selalu sahaja bercerita tentang masalahnya kepada aku. Bukan tentang kawan-kawannya shj tetapi merangkupi semua perkara. Ina pun ada kata yang ina tak tahu kenapa ina boleh cerita masalah-masalah ina pada acik je tapi bukan pada kakak-kakak yang lain. Mungkin sebab aku kakak atasnya jadi biasalah lumrah adik beradik akan bercerita pada orang yang berada di atas/bawahnya.

   Seorang anak kecil tidak pandai menipu. Tidak pandai menyimpan perasaan. Mereka suka meluahkan. Namun, terkadang luahan hati mereka sangat menyayat hati kita. Sedih sangat sebab aku sebagai seorang kakak gagal untuk menjaga adik aku. Harapan dia bila adik beradik nya pulang maka dapatlah dia bermain bersama-sama namun itu hanyalah angan² belake. Yang dia dapat ialah, marah, tdk dilayani.

Mungkin terkadang kita menganggap oh dia masih kecil, takpe. Tahukah anda bahawa suatu hari nanti dia akan berubah menjadi seseorang yang kita tak pernah expect sebelum ni? Bila demikian terjadi, salah siapakah? Kita atau dia? Kita sibuk nak dia faham kondisi kita yang sedang ada kerja perlu dibereskan tapi kita buat endah tak endah je dengan hati dia.

Ina mungkin tak pandai untuk bergurau kadang². Bergurau kasar. Tapi, bila dah namanya 'adik' memang logik lah gurau dia tak sampai dgn hati kita kan? Seorang adik ni, bila dia nampak kakak dia marah/terasa dengan dia maka automatik dia akan jadi insecure untuk bergurau lagi. Dia akn bertukar menjadi sesorang yg bukan dirinya. Walaupun dia mengharapkan 'di rumahlah aku boleh jadi diri aku'.

Aku kesian sangat dengan ina bila dia kena marah. Sebab zaman dia, dia takda teman nak main. Zaman kita, ada. Seperti tidak adil. Bila ina main fon, kita mula kata 'ina ni selalu main fon. Mana masa dengan keluarga? ' sedarkah kita bhw kita juga begitu? Tepuk dada, tanya hati. Aku, tak pandai nak bagitau semua ni dengan kata-kata sebab aku hanya pandai menulis. Aku, tak pandai nak bagi nasihat dkt adik beradik sebab aku ni adik. Tak akan ada yang nak dengar nasihat aku. Aku tahu semua itu sebab aku mengalaminya. Aku tak layak nak dengar masalah-masalah adik beradik sebab aku masih kecil. (kata mereka)

Aku terima. Sebab tu, aku hari ni bukanlah aku yang dahulu. Aku hari ni, banyak berdiam. Sebab aku takut bila aku buka mulut, akan ada hati yang terasa. Aku hari ni seolah bertukar menjadi seorang yg introvert. Takut takut. Haih, buat apa aku cerita pasal aku kalau hakikatnya xda orang pun nak faham. Kbai.

SO, PLEASE APPRECIATE INA. I BEG YOU GUYS.

Comments

Popular Posts