MATANG😎

Bismillahirrahmanirrahim...

Setelah sekian lama aku tidak membuka laman blog. Kini, ia kelihatan agak berdebu jadi malam ini aku mahu membersihkan ruang ini dengan sikit coretan.

Walau hakikatnya banyak perkara yang ingin aku perkatakan. Meluahkan isi hati ku di sini dengan masih tidak berkesempatan dek sibuk dengan kehidupan sebagai pelajar universiti. Alhamdulillah, sedikit sebanyak aku menimba pengalaman. Pengalaman yang kadangnya mengenalkan aku tentang dunia. Dan menetapkan kefahaman tentang dakwah dan tarbiyah. Betapa perlunya d&t untuk mengimbangkan antara duniawi dan ukhrawi. Dalam erti kata lain, tidak boleh berat sebelah. Di sini juga, aku juga dapat merasai ujian yang diturunkan oleh Dia buat aku. Seperti bagaimana menyelesaikan sesuatu persalahfahaman / konflik dengan cara bil hikmah tanpa bertindak secara terburu-buru. Tersalah langkah, bahaya jadinya.

Sedikit demi sedikit ujian menimpa. Kadang, dirasakan seperti tidak mampu. Tapi, bagaimana Allah bisa menurunkan aku ujian ini andai aku tidak mampu menghadapinya? Akhirnya, aku memperbaharui kembali niat aku. Cuba untuk berpositif dengan ujian yang diberi. Terima seadanya. Anggap ujian ini adalah ujian bagi kehidupan seorang daie ila Allah. 😀

Darul Quran,
Bagiku, kenangan di sini teramatlah manis kerana aku belajar untuk menjadi manusia yang memahami manusia yang lain. Memahami realiti masyarakat hari ini. Dari segi politiknya, sosialnya. Allahu. Terasa berat apabila difikirkan kembali. Tapi, inilah dinamakan pengalaman. Kelihatan perit namun hakikatnya manis. Di sini, menunjukkan aku bahawa tidak cepat menghukum manusia. Nak tak nak, perlu cari 1001 sebab untuk kembali ber'husnu dzon' dan buang prasangka itu sejauh yang mungkin. Kerana, prasangka itu kadang kalanya tidak betul. Hanya sebuah firasat semata-mata.

Di sini, aku belajar membina jati diri yang kuat saat orang sekeliling tidak mampu menguatkan aku. Kerana mereka juga punya ujian yang tersendiri. Adakalanya, aku menangis seorang diri kerana aku tidak berjaya mencari orang yang mampu bercakap tentang dakwah tarbiyah sehingga menusuk ke hati aku. Program ilmiah di sini lebih kepada memberi pengetahuan agama bukan tentang fikrah islam. Sungguhpun begitu, aku masih lagi tidak putus asa mencari orang yang mampu menaikkan semangat aku. Saat aku merasakan tidak lagi mampu berada dalam medan dakwah (walaupun aku tahu, apa lah sangat kerja dakwah yang telah aku laksanakan di darul quran ni).

Apa-apa pun, aku masih mahu meneruskan langkah ini sehingga aku dapat menggenggam sebuah troll diploma di atas pentas suatu hari nanti dan bergelarnya diri aku sebagai seorang hafizah. Aku menganggap pengalaman berada di sini adalah pengalaman yang mencabar dan aku juga ternanti-nanti untuk melalui onak duri di sini.

Seperti yang aku katakan tadi, bila aku jatuh aku tidak jumpa orang yang boleh bercakap dengan d&t. Jadi, penyelesaiannya aku berusaha mendengar tazkirah daripada cg azmi bahari , sir nasir dan pakcik2 haluan yang bercakap mengenai dakwah tarbiyah di youtube. Selain itu, aku juga berusaha untuk menghadirkan diri ke usrah ummi. Di sana, aku dapat menembak semangat aku untuk bertahan selama 2 minggu akan datang sehingga dilaksanakan usrah sekali lagi. Aku juga memaksa diri aku membaca buku2 fikrah seperti Jalan Dakwah dari Mustafa Masyhur (tak khatam lagi setakat ni). Dan begitulah rutin hidupku seharian. Bila terasa hidup tak lengkap, terus buka laptop dan dengar balik rakaman2. Bila balik rumah, mesti aku akan tanya berbagai2 soalan kepada ibu walid dan akan menyuruh ibu walid bercakap tentang dakwah tarbiyah juga. Itu semuanya tanda rindu. Rindu nak merasai suasana tarbiyah.

Walaupun suasana di sini juga islamik, namun masih lagi terasa perbezaannya. Jelas ketara. Tapi, aku tetap bersyukur kerana berada di sini adalah persediaan untuk aku melangkah lebih jauh apabila ambil degree nanti. Allah mahu jiwa aku lebih kental untuk berdepan dengan masyarakat. Sebab itu, di sini juga diberiNya berbagai ujian buat aku. 😄 Terima kasih ya Allah. Tiada siapa yang lebih memahami diriku melainkan Engkau. 💞

Ini adalah sebuah lagu yang sering mengusim hati aku. Wajib menangis setiap lagu ni terpasang. 😭 Tapi, lagu ini juga mengajar aku untuk terus bertahan dalam medan dakwah tarbiyah!

YA ALLAH, KUATKAN AISYAH SHATEERAH! AKU FAHAM INILAH REALITI YANG PERLUNYA SEORANG PENDAKWAH MELALUINYA. AKU REDHA ATAS SEGALA YANG BERLAKU! PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN KU YA RABB! 

Comments

Popular Posts