Syurga Dunia

Bismillahirrahmanirrahim...

Tanggal 30 April, Allah telah menyusun masa depan aku dengan menyambung pelajaran sebagai mahasiswa yang menghafal AQ di sebuah tempat yang digelar 'syurga dunia' iaitu Darul Quran JAKIM di Kuala Kubu Bharu. Impian yang selama ini akhirnya telah dimakbulkan oleh Tuhan Azza Wa Jalla. Apabila bergelarnya seorang mahasiswa DQ, awalnya bagaikan tak percaya benarkah aku sekarang berada di DQ? Hakikatnya syurga dunia ini bukanlah mudah untuk dimasuki oleh semua orang. Berdasarkan info yang disampaikan, 250 orang yang diterima masuk ini merupakan mereka-mereka yang mendapat 96% dan ke atas dalam ujian syafawi juga bertulis. Jadi adakah ini bermakna aku juga tergolong dalam kalangan orang yang mendapat 96% dan ke atas? Allahuakbar. Besarnya perancangan Allah. Apabila niat kita murni, segala perkara dipermudahkan olehNya.

Pada awal Transkem, aku ada menganggap bahawa kem ini sama seperti kem yang pernah aku sertai di sekolah lama. Kem yang dipenuhi dengan provokasi oleh para fasilitator. Namun, Transkem ini dikendalikan oleh para pensyarah jadi tidaklah berapa merasa provokasi itu kerana mereka lebih kepada mendidik. Satu kenangan yang aku akan ingat sampai bila-bila iaah saat Ust Dasuki provoke kumpulan kami yang diberi nama Zinnirah. Beliau memarahi kai kerana memberi nama kumpulan yag merupakan seorang serikandi hebat tapi sedihnya saat kami tak dapat menceritakan sepenuhnya mengenai kisah zinnirah itu sendiri. Ustaz mengarahkan kami agar menukar nama kumpulan tapi kami tetap berdegil untuk tidak menukarnya. At last,ust halau kami keluar daripada dewan. Tak boleh masuk selagi tak tukar nama kumpulan. Duk luar dewan tu, tahu2 je lah macam mana keadaa kami. Menangis tu sampai ada yang teresak-esak.

Sepanjang masuk DQ, aku tertunggu-tunggu saat makcik buat halaqah. Aku nak mengenali sahibah-sahibah yang berada di DQ. Walaupun suasana DQ itu sangat mengingatkan aku pada Allah dan AQ namun jauh di sudut hati kecilku, aku mahu bersama orang-orang yang sama fikrah dengan aku untuk aku feel free dalam menceritakan masalah aku. Aku mahu apabila aku menceritakan masalah,aku menginginkan jawapan yang kena pada jiwa aku. Sungguhpun begitu, bukan mudah untuk mendapatkan apa yang kita mahu. Maka,aku jadikan halaqah itu sebagai pengubat kepada seluruh masalah aku. Diharapkan agar aku lebih istiqomah menghadiri halaqah lepaih2 ni.

Dan semoga aku terus kuat mengamhabiskan 30 juz AQ sepanjang berada di dq ni. Aisyah boleh. Takdek bende yang aisyah xleh hokayy. Amin ya rabbal alamin.

Jumaat,10.16 pm,2 ramadhan 1439H,18 mei 2018.

Comments

Popular Posts