L.I.F.E
Bismillahirrahmanirrahim..
Hampir sebulan aku tidak mengakses blog oleh kerana #SPM2017 . Alhamdulillah, Allah telah memudahkan uruan aku sepanjang peperiksaan berjalan. Soalan KBAT? Tipulah tak ada.. Tapi bagi aku, aku telah cuba sedaya upaya aku dalam SPM kali ini dan kepada ALLAH aku bertawakkal. Memandangkan esok cuti dan aku ada satu hari untuk ulangkaji subjek Perdagangan yang mana kertas terakhir yang akan aku duduki hari Khamis ini. Oleh itu, aku guna masa yang ada ini untuk menulis sekejap.
Sepanjang tempoh aku hiatus, banyak perkara aku tempuhi dan pelajari.
1. Ketiadaan kakak-kakak telah mengajarkan aku menjadi seorang yang matang.
Matang dalam membuat keputusan. Matang dalam memikirkan masa depan. Tanggungjawab aku sebagai hamba, anak juga seorang kakak. Ibu banyak menitipkan kata-kata motivasi saat aku lemah. Saat aku malas nak belajar. Lemah semangat. Hanya aku sahaja yang tahu bagaimana perasaan lemah semangat. Terasa inginkan adik-beradik disisi untuk memberi ketenangan dan kebahagiaan buat diri. Aku juga berdikari belajar bawa kereta daripada alang. Aku tak akan lupa saat-saat alang kata ibu nak cari driver daripada student KTD. Ya. Aku tak suka. Sebab aku terasa tidak ada fungsi aku berada di rumah. Aku tak mampu mempermudahkan urusan ibu ke sana ke sini. Walaupun sekarang aku dah boleh bawa kereta dalam kawasan kampung, tapi ibu tak bagi lagi aku keluar sehingga ke jalan raya. Tak apalah, sekurang-kurangnya aku sudah lepas daripada perasaan guruh aku bawa kereta. Nanti lepas JDK, aku akan ambil lesen . :)
Belajar juga menjadi seorang kakak kepada adik aku, Ina. Ina kata, aku selalu sibuk. Kalau tak belajar, mesti aku akan main telefon takpun tidur. Jadi, masa untuk aku luangkan dengan dia kurang. Dia tak suka. Ada sekali dia tulis dalam buku diari dia tentang aku. Dalam diari tu, dia kata aku selalu su'udzon dengan dia. Biasalah, Ina selalu main telefon jadi setiap kali dia hilang daripada pandangan mata pastinya dia sedang menonton televisyen atau menatap telefon.Selepas aku baca, aku menangis. Aku serba salah sangat. Aku gagal didik adik aku dengan cara yang terbaik. Maka, aku pun cuba untuk dengar masalah , kegembiraan dia walaupun kekadang aku penat sangat balik sekolah. Kadang, aku juga back-up dia saat ibu walid memarahi dirinya. Sungguh, aku kagum ada adik seperti dia. Dia lain daripada kanak-kanak biasa. Arina seorang yang matang,seorang yang suka meng'explore'. Semalam, masa aku masuk bilik tidur aku ternampak sebuah buku Nabi atas perutnya. Bagusnya Ina. Baca kisah Nabi sehingga terlelap. Ya Allah. Sayu hati aku.
Aku juga cuba sedaya upaya untuk dekatkan diri aku dengan DIA. Walaupun sentiasa diuji susah untuk bangun tahajud sehinggalah nak habis SPM ni. Aku cuba positif dengan DIA. DIA tak kejut aku mungkin kerana DIA mahu aku rehat setelah penat menuntut ilmu seharian di sekolah tanpa henti. Bayangkan, aku pergi sekolah pukul 7 pagi dan pulang ke rumah 7 petang. Penat tu Allah sahaja yang tahu. Tambah lagi dengan kelas malam di sekolah ibu dan semestinya balik rumah terus aku tumbang. Ibrah aku ambil daripada TRIAL SPM baru-baru ini iaitu aku bangun awal pagi (2 pagi) untuk study sampai pukul 5.30 pagi tapi DIA tak bagi kejayaan itu kepada aku. Sebab? Hubungan aku dengan DIA jauh. Masa dengan belajar lebih banyak berbanding dengan DIA. Dengan itu, peperiksaan kali ini aku menggantikan tahajud dengan Dhuha. InsyaALLAH, semoga ALLAH memberikan keputusan yang aku selalu doa selama ini.
2. Menjadi seorang sahabat kepada sahabat-sahabat aku.
Aku pun tak tahu aku jadi dengan aku. Tapi hubungan aku dengan mereka jadi janggal (aku sahaja yang merasa begini) selepas kejadian hari jadi aku. Ya, memang aku terasa. Tapi bila difikirkan kembali tindakan aku untuk terasa itu amatlah tidak matang. Aku meletakkan kesalahan di atas mereka manakala aku betul. Maka, aku pun jarang ke kelas mereka. Namun disebabkan satu kejadian lain iaitu aku meluahkan perasaan aku kepada H****n . Kononnya dengan harapan perkara ini akan selesai apabila dia tahu masalah aku. Tapi, hahaha nampaknya dia memberitahu kepada sahabat-sahabat yang lain. Aku tak kisah sangat pun sebenarnya tapi aku tak mahu ada cerita yang ditokok tambah di dalamnya. Kerana itulah, aku lebih suka bercakap secara beramai-ramai dan bukannya kepada seseorang kemudian dia sampaikan kepada orang lain. Tidak enak andainya ada tanggapan yang tidak betul tentang apa yang aku katakan. Tapi, perkara telah terjadi. Aku redha sahajalah. Apa yang harapkan adalah agar hubungan kami tidak putus sehingga akhir hayat kami, insyaAllah.
Sebenarnya, aku dapat mengesyaki masalah aku tentang sahabat-sahabat aku ni. Iaitu aku membandingkan sahabat di SMAKL dan di MMPP. Naluri aku mengatakan hubungan aku dengan sahabat di SMAKL lebih utuh berbanding di sini. Ya,mungkin di SMAKL kami tinggal di asrama jadimasa banyak diluangkan bersama-sama manakala di MMPP , kami hanya berjumpa di sekolah dan kemudiannya pulang ke rumah masing-masing selepas tamat sesi p&p. Jadi, aku berasa tidak puas hati mengapa aku sukar untuk rapat dengan mereka?! Ataupun, ada juga aku merasakan kefahaman kami tidak sama. Aku berasa kelainan fikrah antara kami. Bukannya aku lebih mulia,tidak. Tapi kefahaman kepada proses DnT. Jika di SMAKL, ada sahabat yang aku boleh berkongsi masalah yang mana mereka faham fikrah seperti aku jadi kata-kata yang mereka tuturkan itu berkesan pada hati aku. Aku buntu tapi aku mohon agar dihilangkan perasaan pembezaan antara kami ini.
Farliza, Syuhadah dan Farhanah juga merupakan golongan sahabat yang banyak mengajarkan aku. Aku dapat melihat kelemahan aku saat bersama mereka dan mereka memperbaiki kelemahan aku ini. Aku gembira dapat mengenali mereka. Dengan mereka, aku dapat menjadi diri aku. Senang kata, aku adalah aku. Tanpa mereka, tak mungkin aku boleh gembira sehingga ke hari ini. Aku juga berharap agar hubungan kami dapat dijaga sehingga anak cucu. Thanks SYU,FARLIZA and FARHANAH for teaching me ;(
3. Aku juga dapat mengenalpasti minat aku terhadap sesuatu.
Memandangkan aku punya beberapa sahabat yang non-muslims dan sahabat yang muslims tapi tidak berhijab, jadi aku berminat dalam mendakwah mereka. Aku suka perkara-perkara tentang belah al-Quran, Tafsir al-Quran dan debat antara muslims dengan non-muslims. Bila aku menonton debat-debat ini, ia menguatkan jiwa aku untuk mengajak sahabat-sahabat aku mengenali Allah. Dalam kata lain, meramaikan umat Nabi Muhammad. Namun, aku tahu aku hanya boleh berdakwah kepada mereka tapi hakikatnya HIDAYAH itu tetap milik Allah seperti yang telah diperkatakan oleh Allah dalam al-Quran. Tapi, jika kita berusaha juga apa salahnya kan? Di samping itu, aku juga boleh menjelajah dunia. Bab travel ni memang minat aku terutama Korea Selatan. hehe peminat drama yang setia ni okay xD
4. AKU MAHU MASUK DARULQURAN.
Kenapa aku terlalu bersungguh-sungguh untuk masuk DQ?
# Aku ingin habiskan hafalan aku
# Nak dakwah orang, kita kenalah faham dulu agama kita ni betul-betul, ye dak?
# Nak masukkan keluarga aku ke dalam SYURGA ;) (amin...)
Aku tak kisah pun DQ ni diploma sebab memang dia saja buat diploma supaya student boleh habiskan 30 juz dalam tempoh 3 tahun tu. Oleh itu, semestinya aku target PSI, PQS, BA, BM , BI adalah A! Doakan aku...
Okay, dah panjang sangat dah ni. Berhenti sampai sini dulu. Tengoklah bila pula aku rajin nak menulis.

Best regard,
Aisy' Shater
(SI PENULIS YANG RAJIN PADA MALAM INI)
Comments
Post a Comment