Throwback cerita lama..
Sometimes, hati ini perlu diajar. Diasuh. Dibasuh agar tidak terlalu kotor.Andai hati itu kotor, maka apabila nasihat dikirim,buat endah tak endah malah dihina org yg memberi. Apabila berlaku sesuatu bencana, menganggap Allah tak sayang dia. Semuanya berpunca drp jauhnya hubungan manusia dengan Allah swt. Mereka kurang mengaji. Bnyak menghabiskan waktu dengan gadget. Cintan cintun sana sini. Crush sana sini. Mereka merasakan bhw hidup mereka lagi memerlukan manusia utk berharap berbanding Allah swt. Sedangkan, yang memberikannya hidup itu, Allah. Yang menambahkan rezekinya itu,Allah. Yang menyelesaikan masalah itu, Allah. Yang memberi nikmat itu juga Allah. Jadi bahagian mana mahu pertikaikan? Situasi begini juga dituding buat diri yang menulis. Si penulis juga byk kelemahan yang perlu diperbaiki. Juga sering merasai jauhnya diri drp Allah.
Sebenarnya, manusia adalah ujian buat manusia yg lain. Mengapa? kerana dengan manusia lah mereka dapat mengenal diri mrk yg sebenar . Kerana manusia lah, mereka dapat terus bersabar dengan karenah . Aku pernah hadapi situasi di mana sesorang itu terlalu tidak sukakan aku, sedangkan aku langsung tidak buat apa2 padanya. Dia menghina aku. Sehingga, satu masa aku hantar surat padanya ingin meminta maaf sekiranya pernah terkasar bahasa ,tersilap bicara. Lepas hantar, ye benar. Aku berdebar lah juga takut2 bemda lain pulak yg berlaku. Then, sampai lah ke petang tu, dua org kawan aku bagitahu surat yg aku hntr itu disebarkan oleh ahli dormnya. Manakan tidak, aku malu lah apabila diperlakukan sedemikian. Dia juga mengatakan pd ahli dormnya yg aku ni 'secret admire' dia. lah sangat. Aku nangis . Tak tahan. Pelbagai mehnah dan onak duri. Tp aku tetap bersabar je. Tak mampu nak melawan. Hanya berharap suatu hari nanti dia akan mengubah persepsi dirinya terhadap aku.
Kalau cerita tadi masa aku form 1 , sekarang ni aku nak cerita masa aku form 3 . Kisah ni agak berat dan menyakitkan jiwa raga aku. Seksa sanubari aku betul.
Okey,macam ni ceritanya. Masa aku form 3, aku dilantik sebagai pengawas sekolah dan pada awal tahunya , aku memegang jawatan sebagai BIRO KANTIN. duk asrama kan,memang kena ada lah kan exco2 ni bagai. Hmm.. Jadi biro kantin saje pun, aku dah dapat 1001 pengajaran. Alhamdulillah, waktu tu Deeja (namanya Khadijah) memegang jawatan yang sama dengan aku. Tak nak cite yang ni, nk cite yg satu lagi.
Masa akhir tahun '15 , aku sekali lagi terpilih sebagai calon MT (majlis tertinggi pengawas) pada tahun '16. Saat tu masih lagi aku ingati. Pada satu malam (waktu pelajar2 tgh prep) , aku dan sorg bdk klas aku (nama samaran , Nana) dipanggil oleh pihat warden dan diminta utk menunggu kedatangan beliau di Surau Al-Hidayah. Nana,aku dan Anis (bdk klas lain tp same form) tunggu kt surau. Masa awal2 tu, aku kata kat dorg kalu aku terpilih sebagai MT, aku nak tolak. Waktu tu, Tuhan aje yg tahu perasaan aku. Sebab aku sdh dapat merasakan apa yang akan berlaku pd aku. Pastu, sampailah satu masa warden pun sampai (warden lah warden dan warden lah guru). Kami pun membentuk halaqah mengelilingi warden kami. Bersama kami waktu tu ialah 4 org drp kakak form 4, 3 orang drp form 3 dan warden. Aku berdebar saat warden aku mula bicara sehinggalah sampai perkara yang aku tunggu2 . Bila warden kata yg kami adalah calon2 MT , aku dh rasakan.bhw betul tekaan aku. Sehinggalah sampai satu masa, aku bersuara utk menyatakan hasrat di hati . Pastu aku cerita lah ada satu kisah masa para sahabat nabi, ada seorg pemuda meminta kpd nabi bhw beliau ingin menjadi pemimpin, maka lantiklah dia. Tapi Nabi xlantik dia sebagai pemimpin sebab Nabi tahu yg dia xlayak. (Kadang rasa mcm tak berkaitan dgn aku xnak jadi MT tp bior le. sdh terjadi sih) . tapi, Warden aku menyanggah dgn kata2 aku. Itu dan ini diberitahunya krn xmahu aku mengalah. Aduh. Terima jelah alang2 aku dh xnak. Sabo jelah. last, aku angguk aje.
Alahai, panjangnya cerita kau aisyah. Ok..lainkali pula saya sambung. Andai ada masa kosong. Jazakillahu khairan kathira. :)
Comments
Post a Comment